Tuesday, May 27, 2008

The Reason

ok mungkin ada yang tertanya2 sebab pa aku sanggup plak nak taip novel sendiri ... dah hilang akai ka pa ... sebenarnya aku dari dulu lagi teringin nak buat cerita sendiri ... maksud aku satu siri la ... xkisah drama, movie or just manga ... tapi asalkan aku dapat sampaikan cerita tu ... malangnya aku xdak kepakaran dan jugak bajet untuk buat drama dan movie ... telemovie lagi la ... dan aku x reti nak buat anime ... aku gak x reti nak melukis jadi kalau buat manga pon konpem orang xbaca ... ya la lukisan orang lidi saja ... wakakka ... jadi baik aku buat novel ja ...

lagipon benda ni dah lama aku rancang nak buat ... dari taun lepas lagi ... tapi sebab taun lepas aku ada SPM so terpaksa ditangguhkan ... kalau hampa baca post yang first aku yang pasai projek zeroes ... tu terpaksa ditangguh buat sementara waktu sebab aku still xdapat jalan cerita yang clear ... jadi aku carik semula skrip lama aku dan jumpa yang ni ... project AARCH ...

sebenarnya inspirasi untuk buat cerita ni mai dari minat aku kat anime, manga, game, movie, drama ... jadi cerita dalam ni bukannya 100% cerita aku ... tapi aku ada cilok dari macam2 source ... contoh karakter Karas tu aku amik dari OAV Karas ... karakter AARCH sendiri aku adukkan dari watak2 dari Kamen Rider, Blassreiter dengan Iron Man ... bagi watak2 lain plak aku amik ciri2 depa dari orang2 yang ada kat sekeliling aku ... dan jugak ada gak aku amik dari filem2 antarabangsa ...

jadi aku nak buat cerita ni lebih realistik walaupon sains fiksyen semata2 ... jadi ada la pergolakan politik, ekonomi dengan sosial dalam cerita ni ... dan karakter2 dalam cerita ni tidak lebih hanya sekadar perlambangan kepada apa yang sedang berlaku sekarang ... jadi aku harap projek ni sukses ... lagipon aku ada masa sebulan saja nak siap ... huhuhuh ... jenuh tu

Progress Ep 1

orait ... just kali ni aku baru siap storyboard dia ... tapi plot still under-development sebab jalan cerita agak kucar - kacir ... aku baru siap ja lakar sikit2 gambaran watak2 tu ... dan yang paling susah sekali ... of course, AARCH sendiri ... sebab dia punya ciri - ciri ada sikit2 cam kamen rider + karas + blassreiter ... jadi agak sukar bagi aku nak gambarkan secara terperinci gambaran dia ni ... just hampa imagine satu karakter humanoid ala2 iron man tapi berarmour gelap dengan satu2nya senjata dia ... AARCHBlade ... camtu la lebih kurang ...

sebenarnya AARCH ni aku amik ciri2 dia dari siri feveret aku ... Kamen Rider ... dan gambaran karakter ni secara jelasnya dicilok dari Kamen Rider Kabuto sebab armour Kabuto nampak futuristik ... bagi watak Amrie plak, aku dapat idea dari Karakuri Circus, Nodame Cantabile, Mukoudan dengan Kamen Rider Kiva ... jadi dia ni cam lembut sikit dengan baik la walaupon rocker ... tapi agak susah nak detailkan lagi watak dia sebab dia ni ada penyakit ... tapi xleh habaq la penyakit apa

aku dah siap buat dia punya prolog which is dicilok dari sinopsis sikit2 dan diadun secukup rasa ... bagi beginning of the story aku dah dapat mental image ... so sekarang ni tengah develop plot permulaan ni supaya jadi lagi kukuh ... aku nak orang yang baca tu dapat paham gambaran awal tentang keadaan sosial, politik dengan ekonomi untuk beginning cerita ... lepas tu intro watak utama dengan kaitan dia sikit2 dengan watak2 lain ... dan aku baru tau sikit punya susah nak buat benda ni ... ni baru beginning ja ... xsampai lagi perkembangan, klimaks, perleraian dengan pengakhiran ... pergh susah gak ...

pa2 pon aku x sumbat semua watak sekali gus ... setiap watak akan muncul mengikut peristiwa so pembaca xkan rasa jumble up nak ingat semua watak sekali ... dan aku akan boh watak tu beransur2 supaya jalan cerita dia jadi santai dan smooth ... dan la ni aku tengah buat sikit2 research pasai ekonomi pa semua ... so aku rasa maybe benda ni siap lambat gak la ... fuh jenuh2

Monday, May 26, 2008

Initiate : A.A.R.C.H.

orait ... ni merupakan blog aku untuk karya2 aku ... so ni la karya first aku iaitu A.A.R.C.H. ... still dalam development ... dan aku harap dapat siap dalam taun ni jugak sementara dok tunggu time masuk U ... lebih kepada genre sains fiksyen tetapi aku cuba masukkan unsur2 realiti kat dalam ni ... so wish me the best ...

ni sikit sebanyak pasai Project : A.A.R.C.H. ... maybe aku dapat siap volume 1 dalam masa terdekat ... tengok la kan ...

synopsis :Sebuah meteor yang jatuh ke bumi pada zaman dahulu telah menyebabkan kepupusan dinosaur dari muka bumi. Namun, di dalam meteor tersebut terselindung agenda jahat yang bakal mengundang masalah ke atas umat manusia. K.L. … tahun 2005 … tiba – tiba kita dikejutkan dengan peristiwa kemusnahan KLCC akibat serangan makhluk pelik. Segala usaha manusia untuk menewaskan makhluk itu langsung tidak membuahkan hasil melainkan penggunaan bom nuclear sahaja yang merupakan satu – satunya jalan alternatif untuk menghapuskan makhluk tersebut. Walau bagaimanapun, Malaysia masih mempunyai harapan apabila organisasi MADET dihidupkan semula sebagai barisan pertahanan terhadap serangan makhluk aneh. Dan, peristiwa ini sudah berlaku sebelum ini iaitu di New York dengan melibatkan kemusnahan bangunan WTC. Segala pakar yang terlibat dalam usaha menentang makhluk tersebut dibawa masuk ke dalam Malaysia demi keselamatan rakyat. Namun, di sebalik kejadian ini terdapat satu konspirasi besar yang melibatkan umat manusia secara amnya dan kuasa – kuasa besar dunia secara khususnya. Walaupun MADET bertungkus – lumus menentang makhluk tersebut namun mereka masih kekurangan tenaga kerja yang mampu menentang makhluk tersebut. Dalam kegelapan kekalutan yang mengancam jiwa manusia yang kini hidup dalam keadaan kucar – kacir, muncul sinar harapan kepada kaum manusia … AARCH. Siapakah sebenarnya entity yang digelar AARCH ini? Pihak manakah dia berada? Manusia, makhluk aneh atau sebenarnya dia merupakan salah satu daripada konspirasi besar tersebut? …

WATAK

Amrie

Artis rock yang baru sahaja terkenal di Malaysia melalui penglibatannya dalam program reality TV terkenal, Starz. Walaupun terkenal tetapi dia memang seorang yang mesra dan pemurah. Namun, jauh di lubuk hatinya terdapat satu rahsia yang amat menyedihkan …

Ian

Seorang ahli MADET yang bertugas di bahagian pertahanan dan unit reaksi spontan. Dia merupakan seorang yang amat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya walaupun dia sering membangga diri dengan pencapaiannya yang mengagumkan. Dia dipilih sebagai pengguna sut perisai TAQTKnight untuk menentang makhluk aneh Karas. Walau bagaimanapun dia mula berubah setelah kedatangan AARCH yang sering dianggap mengganggu tugasnya. Dia berazam untuk memusnahkan AARCH kerana dia menganggap AARCH juga merupakan salah satu ancaman terhadap umat manusia.

AARCH

Entiti misteri yang sering muncul apabila Karas melakukan kekacauan di KL. Banyak yang menyanjunginya sebagai wira kerana sifatnya yang dikatakan melindungi manusia daripada ancaman Karas. Namun, MADET menganggap AARCH sebagai satu makhluk yang perlu diberikan perhatian kerana mungkin segala perbuatannya ada udang di sebalik batu. Mempunyai kebolehan memperlahankan masa melalui penggunaan PhotoCore yang menjana tachyon.

Pynaz

Seorang wartawan yang menulis tentang kisah – kisah artis Malaysia untuk sebuah akhbar tempatan, SinarMas. Dia merupakan seorang yang amat sinis terhadap sikap – sikap orang yang berada di sekelilingnya sehingga digelar Cik Laser. Dia juga amat benci akan Amrie serta menyatakan dalam artikelnya yang Amrie merupakan seorang artis hipokrit yang menyembunyikan personality yang sebenar. Walau bagaimanapun, setelah diselamatkan oleh AARCH, kehidupannya mulai berubah.

Risa

Seorang inspector polis yang bertugas di unit penyiasatan kejadian aneh dan pembunuhan. Mempunyai banyak pengalaman sepanjang bertugas sebagai pegawai polis, dia telah diberi amanah oleh orang atasannya untuk menjalankan penyiasatan tentang pembunuhan secara aneh yang sering berlaku setelah kemunculan Karas di lokasi tertentu. Dia mengesyaki AARCH mungkin terlibat dalam kes ini.

Karas

Makhluk aneh yang berbentuk humanoid yang sering menyerang manusia tanpa objektif tertentu. Badannya diselaputi logam yang dapat menahan bedilan peluru – peluru manusia. Hanya kuasa AARCH sahaja yang mampu menerobosi ketebalan badan Karas. Mereka sering muncul secara berkumpulan walaupun ada ketika mereka muncul secara individu. Mereka menyerang manusia sebagai sumber makanan, dan mungkin juga ingin menakluki bumi.

MADET

Sebuah organisasi yang ditubuhkan sekitar tahun 2000 lalu disebabkan kejadian serangan pengganas di PWTC. Dihidupkan semula oleh kerajaan Malaysia sebagai unit pertahanan terhadap serangan makhluk Karas. Setakat ini mereka telah membangunkan senjata – senjata melalui projek Tachyon – derived Quantum Technology ( TAQT ) yang diterajui oleh Prof. Iskandar yang mampu menewaskan makhluk – makhluk tersebut. Namun, terdapat konflik dalaman dalam organisasi ini yang mampu meruntuhkan organisasi ini dari dalam.

so setakat ni saja posting aku buat kali ni ... xleh review banyak2 ... apa2 pon wish me luck ...

~ Assalamualaikum ~