ni sikit sebanyak pasai Project : A.A.R.C.H. ... maybe aku dapat siap volume 1 dalam masa terdekat ... tengok la kan ...
synopsis :Sebuah meteor yang jatuh ke bumi pada zaman dahulu telah menyebabkan kepupusan dinosaur dari muka bumi. Namun, di dalam meteor tersebut terselindung agenda jahat yang bakal mengundang masalah ke atas umat manusia. K.L. … tahun 2005 … tiba – tiba kita dikejutkan dengan peristiwa kemusnahan KLCC akibat serangan makhluk pelik. Segala usaha manusia untuk menewaskan makhluk itu langsung tidak membuahkan hasil melainkan penggunaan bom nuclear sahaja yang merupakan satu – satunya jalan alternatif untuk menghapuskan makhluk tersebut. Walau bagaimanapun,
WATAK
Amrie
Artis rock yang baru sahaja terkenal di
Ian
Seorang ahli MADET yang bertugas di bahagian pertahanan dan unit reaksi spontan. Dia merupakan seorang yang amat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya walaupun dia sering membangga diri dengan pencapaiannya yang mengagumkan. Dia dipilih sebagai pengguna sut perisai TAQTKnight untuk menentang makhluk aneh Karas. Walau bagaimanapun dia mula berubah setelah kedatangan AARCH yang sering dianggap mengganggu tugasnya. Dia berazam untuk memusnahkan AARCH kerana dia menganggap AARCH juga merupakan salah satu ancaman terhadap umat manusia.
AARCH
Entiti misteri yang sering muncul apabila Karas melakukan kekacauan di KL. Banyak yang menyanjunginya sebagai wira kerana sifatnya yang dikatakan melindungi manusia daripada ancaman Karas. Namun, MADET menganggap AARCH sebagai satu makhluk yang perlu diberikan perhatian kerana mungkin segala perbuatannya ada udang di sebalik batu. Mempunyai kebolehan memperlahankan masa melalui penggunaan PhotoCore yang menjana tachyon.
Pynaz
Seorang wartawan yang menulis tentang kisah – kisah artis
Risa
Seorang inspector polis yang bertugas di unit penyiasatan kejadian aneh dan pembunuhan. Mempunyai banyak pengalaman sepanjang bertugas sebagai pegawai polis, dia telah diberi amanah oleh orang atasannya untuk menjalankan penyiasatan tentang pembunuhan secara aneh yang sering berlaku setelah kemunculan Karas di lokasi tertentu. Dia mengesyaki AARCH mungkin terlibat dalam kes ini.
Karas
Makhluk aneh yang berbentuk humanoid yang sering menyerang manusia tanpa objektif tertentu. Badannya diselaputi logam yang dapat menahan bedilan peluru – peluru manusia. Hanya kuasa AARCH sahaja yang mampu menerobosi ketebalan badan Karas. Mereka sering muncul secara berkumpulan walaupun ada ketika mereka muncul secara individu. Mereka menyerang manusia sebagai sumber makanan, dan mungkin juga ingin menakluki bumi.
MADET
Sebuah organisasi yang ditubuhkan sekitar tahun 2000 lalu disebabkan kejadian serangan pengganas di PWTC. Dihidupkan semula oleh kerajaan
~ Assalamualaikum ~

1 comment:
hey bro..apesal x smbung citer ni? cool storyline dowh....
Post a Comment