Monday, May 26, 2008

Initiate : A.A.R.C.H.

orait ... ni merupakan blog aku untuk karya2 aku ... so ni la karya first aku iaitu A.A.R.C.H. ... still dalam development ... dan aku harap dapat siap dalam taun ni jugak sementara dok tunggu time masuk U ... lebih kepada genre sains fiksyen tetapi aku cuba masukkan unsur2 realiti kat dalam ni ... so wish me the best ...

ni sikit sebanyak pasai Project : A.A.R.C.H. ... maybe aku dapat siap volume 1 dalam masa terdekat ... tengok la kan ...

synopsis :Sebuah meteor yang jatuh ke bumi pada zaman dahulu telah menyebabkan kepupusan dinosaur dari muka bumi. Namun, di dalam meteor tersebut terselindung agenda jahat yang bakal mengundang masalah ke atas umat manusia. K.L. … tahun 2005 … tiba – tiba kita dikejutkan dengan peristiwa kemusnahan KLCC akibat serangan makhluk pelik. Segala usaha manusia untuk menewaskan makhluk itu langsung tidak membuahkan hasil melainkan penggunaan bom nuclear sahaja yang merupakan satu – satunya jalan alternatif untuk menghapuskan makhluk tersebut. Walau bagaimanapun, Malaysia masih mempunyai harapan apabila organisasi MADET dihidupkan semula sebagai barisan pertahanan terhadap serangan makhluk aneh. Dan, peristiwa ini sudah berlaku sebelum ini iaitu di New York dengan melibatkan kemusnahan bangunan WTC. Segala pakar yang terlibat dalam usaha menentang makhluk tersebut dibawa masuk ke dalam Malaysia demi keselamatan rakyat. Namun, di sebalik kejadian ini terdapat satu konspirasi besar yang melibatkan umat manusia secara amnya dan kuasa – kuasa besar dunia secara khususnya. Walaupun MADET bertungkus – lumus menentang makhluk tersebut namun mereka masih kekurangan tenaga kerja yang mampu menentang makhluk tersebut. Dalam kegelapan kekalutan yang mengancam jiwa manusia yang kini hidup dalam keadaan kucar – kacir, muncul sinar harapan kepada kaum manusia … AARCH. Siapakah sebenarnya entity yang digelar AARCH ini? Pihak manakah dia berada? Manusia, makhluk aneh atau sebenarnya dia merupakan salah satu daripada konspirasi besar tersebut? …

WATAK

Amrie

Artis rock yang baru sahaja terkenal di Malaysia melalui penglibatannya dalam program reality TV terkenal, Starz. Walaupun terkenal tetapi dia memang seorang yang mesra dan pemurah. Namun, jauh di lubuk hatinya terdapat satu rahsia yang amat menyedihkan …

Ian

Seorang ahli MADET yang bertugas di bahagian pertahanan dan unit reaksi spontan. Dia merupakan seorang yang amat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya walaupun dia sering membangga diri dengan pencapaiannya yang mengagumkan. Dia dipilih sebagai pengguna sut perisai TAQTKnight untuk menentang makhluk aneh Karas. Walau bagaimanapun dia mula berubah setelah kedatangan AARCH yang sering dianggap mengganggu tugasnya. Dia berazam untuk memusnahkan AARCH kerana dia menganggap AARCH juga merupakan salah satu ancaman terhadap umat manusia.

AARCH

Entiti misteri yang sering muncul apabila Karas melakukan kekacauan di KL. Banyak yang menyanjunginya sebagai wira kerana sifatnya yang dikatakan melindungi manusia daripada ancaman Karas. Namun, MADET menganggap AARCH sebagai satu makhluk yang perlu diberikan perhatian kerana mungkin segala perbuatannya ada udang di sebalik batu. Mempunyai kebolehan memperlahankan masa melalui penggunaan PhotoCore yang menjana tachyon.

Pynaz

Seorang wartawan yang menulis tentang kisah – kisah artis Malaysia untuk sebuah akhbar tempatan, SinarMas. Dia merupakan seorang yang amat sinis terhadap sikap – sikap orang yang berada di sekelilingnya sehingga digelar Cik Laser. Dia juga amat benci akan Amrie serta menyatakan dalam artikelnya yang Amrie merupakan seorang artis hipokrit yang menyembunyikan personality yang sebenar. Walau bagaimanapun, setelah diselamatkan oleh AARCH, kehidupannya mulai berubah.

Risa

Seorang inspector polis yang bertugas di unit penyiasatan kejadian aneh dan pembunuhan. Mempunyai banyak pengalaman sepanjang bertugas sebagai pegawai polis, dia telah diberi amanah oleh orang atasannya untuk menjalankan penyiasatan tentang pembunuhan secara aneh yang sering berlaku setelah kemunculan Karas di lokasi tertentu. Dia mengesyaki AARCH mungkin terlibat dalam kes ini.

Karas

Makhluk aneh yang berbentuk humanoid yang sering menyerang manusia tanpa objektif tertentu. Badannya diselaputi logam yang dapat menahan bedilan peluru – peluru manusia. Hanya kuasa AARCH sahaja yang mampu menerobosi ketebalan badan Karas. Mereka sering muncul secara berkumpulan walaupun ada ketika mereka muncul secara individu. Mereka menyerang manusia sebagai sumber makanan, dan mungkin juga ingin menakluki bumi.

MADET

Sebuah organisasi yang ditubuhkan sekitar tahun 2000 lalu disebabkan kejadian serangan pengganas di PWTC. Dihidupkan semula oleh kerajaan Malaysia sebagai unit pertahanan terhadap serangan makhluk Karas. Setakat ini mereka telah membangunkan senjata – senjata melalui projek Tachyon – derived Quantum Technology ( TAQT ) yang diterajui oleh Prof. Iskandar yang mampu menewaskan makhluk – makhluk tersebut. Namun, terdapat konflik dalaman dalam organisasi ini yang mampu meruntuhkan organisasi ini dari dalam.

so setakat ni saja posting aku buat kali ni ... xleh review banyak2 ... apa2 pon wish me luck ...

~ Assalamualaikum ~

1 comment:

Qiraf said...

hey bro..apesal x smbung citer ni? cool storyline dowh....